Monday, 23 February 2015

Misteri Ekzos Blade 250/650

Misteri Ekzos Blade 250/650



Ramai yang bertanya berkenaan ekzos. Ape ekzos yang boleh pakai? Adakah motor akan beroperasi jika pakai ekzos jenama X? Ada gosip yang menyatakan hanya satu jenama ekzos yang boleh digunakan pada Blade 250. 

Sebelum itu, kita handaklah mengetahui beberapa istilah; carburetor tuning/jetting. Selenggara karburetor.

Sebelum pegi lebih jauh, kita perlu faham isi perut karburator ini.



Isi perut karburator yang perlu diketahui ialah;
1. Diafram: Untuk kawal slide. Guna vakuum.
2. Slide
3. Float
4. Main jet: laluan minyak
5. Pilot jet: laluan angin
6. Needle

Dalam pertukaran ekzos nih, kebiasaannya orang akan sebut "Boleh tukar, tapi kena setting". Apa maksudnya? Apabila muffler ditukar, sistem akan jadi lebih lawas. Ini berdasarkan jenis silencer yang setiap muffler guna.

Ekzos standard kebiasaannya sangat tidak lawas disebabkan ada penghadang angin dan rekaan silencer yang membuatkan ekzos standard tidak mengeluarkan bunyi bising. 

Apabila muffler ditukar, semua penghadang ini dapat dikurangkan supaya pergerakan angin dari kepala enjin (engine head) lancar (lawas). Dari situ, kita dengar bunyi mercun meletup (pom pom) . Apabila sistem jadi lebih lawas, pelarasan karburetor (carburetor setting) akan jadi lebih 'lean' (panas/kurang minyak) disebabkan angin berlebihan. Untuk menyelesaikan masalah ini, lubang 'main jet' perlu dibesarkan lagi supaya sistem itu kembali stabil.

Cara untuk mengetahui sistem itu adalah 'lean' atau tidak, anda boleh rujuk di sini:


Persoalan; "Rosak tak kalau pakai ekzos ini?"
Jawapan; tidak, sekiranya 'carburetor setting' adalah betul. Kerosakan akan berlaku sekiranya 'setting' terlalu 'lean', sehingga enjin terlalu panas (overheat).

Jenis ekzos pasang dan guna (plug and play)
Ekzos EJM - RM 300-350 (NKS - RM 320)

Kalau tapak tidak sama, penyelesaiannya mudah sahaja.

Besi bertemu besi = Wielding!

No comments:

Post a Comment