Monday, 23 February 2015

Info - 3 perkara terpenting memilih motosikal

Info - 3 perkara terpenting memilih motosikal
Saiz adalah penting

Tiga perkara terpenting yang harus di beri perhatian adalah saiz, ketinggian dan berat. Bukan sahaja saiz, ketinggian dan berat motosikal tetapi juga diri anda. Jangan pilih motosikal yang mana kedua-dua kaki anda tidak dapat mencecah lantai.
Berat motosikal juga penting terutamanya jika anda kurang pengalaman. Janganlah pilih moto yang besar kerana anda banyak duit melimpah-limpah dari kocek kerana ini mungkin membahayakan anda. Begitu juga jika anda seorang yang agak besar badannya janganlah pilih moto yang terlalu kecil yang mungkin tidak bertenaga untuk memikul bebanan berat badan anda. Satu lagi adalah siaz enjin. Moto berkapasiti besar sudah tentu lebih berkuasa dari yang tidak begitu besar, jadi jika anda kurang berpengalaman menunggang moto berkuasa tinggi haruslah dielakkan. Di negara ini, pilihan anda adalah dari sekecil 70cc sehingga 2000 cc.

Tinjau juga yang terpakai
Jika anda baru sahaja nak menunggang, pertimbangkan juga moto terpakai terutama bagi mereka yang mahu terus menunggang moto besar (lebih 250cc). Moto baru akan susut nilai hampir 30% atau lebih dalam tahun pertama sahaja dan untuk moto besar ini amat tinggi. Mungkin selepas setahun dua apabila pengalaman sudah cukup moto ini boleh ditolak untuk tukar kepada yang lebih baik atau pun yang baru

Yang harus ditimbang
Jangan nak berlagak jadi Valentino Rossi dan terus membeli Yamaha R1 sebagai motosikal pertama. Kepada yang tidak pernah menunggang, kuasa kuda dari motosikal super seperti R1, ZZR, CBR, GSXR mungkin akan mengejutkan anda. Moto-moto ini lebih berkuasa dari model lumba di litar 5 -10 tahun dahulu. Bayangkan motosikal-motosikal ini lebih pantas dan lebih laju dari motosikal yang dilumba oleh Kenny Roberts, Barry Sheene atau Randy Mamola tidak berapa lama dahulu.
Jika berminat dengan moto besar tetapi belum ada pengalaman sebaiknya mulakan dengan moto 250 cc atau pun moto 500 cc; dan jika anda tidak berapa tinggi jangan pula nak cuba moto dwi kegunaan seperti Pegaso atau Supertenere!

Untuk wanita
Wanita lebih cenderung memilih kapcai ataupun skuter. Kata mereka lebih senang nak naik. Tidak payah nak angkat kaki tinggi-tinggi jika nak menunggang terutama bila pakai skirt ataupun pakaian tradisional. Ini betul tetapi penunggang harus ingat bahawa apabila menunggang motosikal, pakaian yang sesuai perlu diguna. Sama juga dengan riadah riadah yang lain. Ada banyak wanita diluar sana yang menunggang motosikal-motosikal besar, malah juga superbikes dan mereka semuanya berpakaian yang sesuai untuk menunggang motosikal.
Tidak ada motosikal khusus untuk lelaki ataupun wanita. Motosikal dan skuter tidak ada sangkut paut dengan jantina si penunggang. Jika nak pakai skirt atau baju kurung untuk naik motosikal baiklah jangan. Kalau jatuh nanti macam mana?.

Sumber dari : www.dr-moto.com

No comments:

Post a Comment