Monday, 15 August 2016

Fb group

Satu FB group JUAL BELI yg mempunyai rangkaian hubungan terbaik diantara pemilik dan ex Belit Malaysia. Pelbagai barangan keperluan riders dan parts Belit byk di perdagangkan dgn harga yg clear tanpa RMxxxx. Sila lawati page tersebut dan guna sebaik mungkin.

Friday, 1 January 2016

carburator bocor?beli baru atau ?



kaburator merupakan komponen yang biasa ditemuidalam kenderaan model lama, bagi naza blade model tahun 2009-2010 adalah tahun terakhir dikeluarkan versi carb ni. Jadi soalan sekarang apa perlu buat bila carb model tahun 2008 atau tahun sebelum nya rosak? beli baru?

ada tiga perkara boleh dilakukan

1 beli baru
kalau ada duit lebih boleh beli kaburator baru. Tapi kalau carburator bocor lagi tu maknanya kedudukan carb yang salah atau tidak rata.

2 beli carb terpakai
boleh cuba beli ni kalau tidak cukup duit nak beli model baru carb. harga boleh nego biasa boleh dicari dalam facebook naza blade group atau mudah.my. carb suzuki boleh masuk... sebab asasnya blade ni daripada model suzuki.

3 cuba baiki carb yang rosak tu
ada sesetengah orang/tukang mekenik yang pandai dalam baiki carb ni. kalau jumpa cari lah..
daripada video di atas kerosakan carb disebabkan jarum dan etc.

apapun keputusan di tangan tuan punya motor. Nak masukan part model apa pun biarlah sesuai supaya tak da overload atau masalah sebab tidak serasi.


Saturday, 28 November 2015

lawak blade tahun 2015

Agak kelakar bila blade di angap sebagai motor setaraf dengan Honda c70. Walaupun harga tidaklah dikenakan cukai seperti kawasaki 250r ,Naza Blade 250 tetap berkuasa melebihi Yamaha R25. 

motor 250 cc dengan bajet bawah 3000 ringgit ni,motor keluaran pertama dan enjin rosak bolehlah.. lepas beli boleh hantar bengkel sembur cat baru serta overhoul enjin tu. Paling sikit dalam Rm 3000 dihabiskan untuk make up balik motor tu. 



sabar bikers

Harga biasa motor yang paling murah dalam RM 4500 (sebab nego ), tapi biasa rendah RM 5000 aje.. 
















Seperti motorsikal berkuasa yang lain,kos baiki dan menjaga prestasi ni bukan murah. setiap bulan minyak sahaja dah berapa. sekali setahun sekurangnya tayar motor ditukar baru, sekali setahun palang pencucuh motor kena tukar, minyak enjin,minyak pelincir,rantai spoket tak sama dengan motor kapcai ni. Kalau nak bergurau pun berpada pada lah.. 

Thursday, 10 September 2015

Untuk pngetahuan kita bersama ...


masalah Fl tak nyala?

salam bladers..
-lampu FI tak nyala, display pun tak nyala FI
-masa idle jarum rpm 1.5 lebih sikit tak sampai 2 tapi tak tetap..gerak turun naik sikit
-ride perlahan enjin macam semput sikit, pulas throttle baru ok tapi bila lepas je letup2..
-start takde masalah, sekali tekan hidup
simptom tu plug cap dah minta duit ke apa?

enjin v-twin macam harley davidson

pernah buat exhaust system naza blade 250 / 650 enjin v-twin macam harley davidson. Satu piston keluar satu exhaust. Yang ori naza blade satu piston combine ke satu tabung dan keluar ke satu exhaust.


 kalau kacau exzos ori, sila lah tune balik ape yg boleh tune. Aftermarket plug and play memberi kesan buruk pada enjin.




Mahal sangat nak buat mcm gambar tu, makan sampai 1k lebih. Ekzos kereta pun tak mahal. Kalau ada boleh buat mcm tu.. bwah 1k dalam 5rat. Bersepah mat blade buat cam tu.



Rm1800 siap pasang. Stainless steel pipe. Siap muffler brand Performance... Kilang dia Kat Penang . Buat masa ni kat mata aku blade paling rare, mantop

Carb n injection dua2 bleh buat.. Efek dia time dah warm up idle dari ori 

Monday, 6 April 2015

SILA AMIK PERHATIAN KEPADA PEMANDU SBK



ADA CERITA BUAT KORANG

Tadi dekat mont kiara, sebijik blade hitam 250...bawa awek ke bini tak pasti..dua dua pakai baju warna hitam. Yang awek tu tangan kiri pegang bahu rider, tangan kanan pegang hand grip kat belakang. So bila rider pulas trotle kelihatan agak TIDAK STABIL dan sungguh MERBAHAYA mata memandang....apatah lagi bila koner. Mungkin dia belum kawin jadi ada 'gaps', atau gaduh sebelum naik motor tapi yang pasti!... kalau tegak jer kat belakang memang bahaya! kepada yang bawa bini, make sure 'bumper' lekat kat belakang laki....tangan tu pegang kat tank...untuk pengendalian yang lebih baik!!. SILA AMIK PERHATIAN. kalau bawa jantan..make sure jauh sikit tang pelvis...tak sanggup ! 


Nak bawa bini pakai ni. Over twice as much buttspace real estate compared to Blade.

                                                
cerita buat korang                                                                                                                          Boyfriend bawa awek, corner PLUS susur KLIA, awek cicir kepala sangkut divider, putus. Aku pernah dengar citer ni somewhere in 2003. Sapa pakai SBK kaki rembat laju, tak payah la bawa awek / bini, suruh je bini naik kete. Kalau bini nak merasa naik gak, bawak la pelahan, jangan wheelie pulak, jangan 0-100 sangat. Kalau sendiri golek, bini dapat gak insurance / pencen, besarkan anak-anak. Kalau dua-dua golek kesian anak-anak. Kalau bini nak merasa wheelie, pinjam ex5 ada box, wheelie kat parking lot, make sure pakai helmet, kalau bini nak merasa wekang, wheelie, drift apa bagai, cuba order gambir serawak, minun tongkat ali, gi berurut, kalau dah memacam lak bini nak merasa ada la yang kurang kat memana tu hahahahahhahaha