Thursday 19 February 2015

sejarah naza blade


Kumpulan Naza
JenisSwasta
IndustriKonglomerat
Ditubuhkan1975
PengasasTan Sri SM Nasimuddin SM Amin
Ibu pejabatKuala LumpurMalaysia
Perancang utamaDatuk Wira SM Faisal, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama)
SM Nasarudin, (Pengarah Eksekutif Kumpulan Bersama)
Puan Sri Zaleha Ismail, (Pengarah),
SM Faliq, (Pengarah)
Nur Diana, (Pengarah)
Nur Nadia, (Pengarah)
Pekerja5,000
Laman webwww.naza.com.my
Kumpulan Naza merupakan sebuah konglomerat perniagaan Malaysia yang terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan yang terdiri daripada permotoran kepada pendidikan. Kumpulan itu mula beroperasi pada tahun 1975 sebagai sebuah syarikat perdagangan motor.Industri automotif kekal sektor yang paling penting bagi kumpulan itu.
Kumpulan ini mempunyai bahagian perniagaan termasuk pengedaran kereta dan motorsikal, pembuatan, pembangunan hartanah, makanan dan minuman, perhotelan, perkhidmatan pengangkutan, perkhidmatan limosin, pendidikan automotif, perladangan, pengedaran rokok, perkhidmatan kewangan. Kumpulan ini telah ditubuhkan dan diketuai oleh Malaysia perniagaan hartawan Tan SriSM Nasimuddin SM Amin sehingga kematiannya pada 1 Mei 2008.
Kumpulan Naza ialah pemegang francais untuk Ferrari, Maserati , Koenigsegg , Kia Motors, Peugeot, Chevrolet, Citroën , Brabus , Ducati , Harley Davidson, Piaggio, Vespa, Aprilia, Gilera dan Motosikal India di Malaysia.
Naza juga mengeluarkan Naza Ria dan Naza Citra berasaskan model Kia Carnival dan Kia Caren. Selain itu Kumpulan Naza mengeluarkan Naza Sutera (berasaskan model Hafei Loba) yang dilancarkan pada April 2006 dan juga Naza Bestari (berasaskan model Peugeot 206) pada Mei 2006.


Naza
 Blade telah berada di pasaran sejak 2005 mempunyai pengikutnya tersendiri..Naza Blade terdapat beberapa model iaitu
a)Naza Blade 250 naked full fairing

b) Naza Blade 250 tak ada pasang fairing
c) Naza Blade 650 naked dan full fairing.
Sejarah Model Naza Blade..
Sejarah Model Blade 250/250R adalah keluaran Hyosung Motor Co yang berpusat di Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai Comet 250/250R. (aku dengar di tiru atas motor Suzuki SV naked)enjin patented suzuki.. under license.. tapi buatan korea...Kemudian Naza bikes telah ambil model ni melalui perpindahan teknologi untuk kedua-dua model adalah melalui kerja samaantara NAZA Bikes dan Hyosung Korea.
Model ini telah mengalami beberapa perubahan spesifikasi untuk memenuhi permintaantempatan dengan perubahan terkini dilakukan adalah spesifikasi mesin EFI (Elektronik Fuel Injection).Blade adalah motosikal yang menjimatkan minyak dengan kapasiti tangki yang boleh menampung 17 liter
Peformance?
Hilangkan sifat negetif ...model 250 tu bukan tak ok..kuasa maksimum sehingga 160 kilometer sejam..walaupun pun engin 2 cylinder dan berbeza compression ratio dan torque dengan 4 cylinder inline,di kira cukup kuat dan boleh dikatakan memuaskan.sebagai perbandingan KawasakiNinja ZXR250 menggunakan enjin 4 silinder 16 valve memang lah kawasaki ninja ZXR250 memang lah lebih baik....Lagi satu Jangan bandingkan moto besar versi neked dengan motor kecik ( kupcai macam Y135LC dan 125Z). Kalau Kupcai memang lincah di jalan raya ketika banyak kereta, sebab body kecik (Senang cilok), motor besar versi neked ni nak bawak kena lebih berhati-hati sebab body besar. jadi untuk jalan yang banyak kereta tak sesuai di bawa laju-laju. tapi cuba la kat hi-way…pecut 150km pun dah lain rasa… tok sah la nak cite 180km.. ke atas…

Naza Blade 250 VS Motorsikal lain
Baru-baru ni aku tanya member yang pakai Motor Naza Blade ni. dia kata "jangan gerun bila geng LC kata motor dia boleh pergi lajak 180km ke. kalau Kupcai nak try speed dengan naza blade 250R Efi cubalah kat high way, Kalau 135LC dapat 160km maka meter Blade baru 127km.FZ 147km meter Blade baru 121km.Kawasaki 250 meter gak sama.ER6 payah sikit nak kejar pick up dia kuat jauh tinggal.Tapi kalau geng Honda RR 150 kalau berani Blade boleh kena cicir..".. bagi aku Blade ni sesuai untuk ride konvoi beramai-ramai, ride untuk enjoy dan perjalanan jauh..


Sparepart? Tahan lasak? 
Tentang ni aku tak pasti sebab aku tak pakai motor ni... tapi rasanya kalau dekat ngan servis center tu mungkin senang lah sparepart dia.. tapi ade gak yang kata bila ianya buatan dari korea sudah pasti ianya tidak berkualiti tinggi. pakai lama sket dah.. itu rosak ini rosak. Tapi bagi aku lah moto mane yang tak ada masalah..Mungkin kalau yang model lama tu ada lah masalah tapi kalau motor yang baru tu dah banyak Naza buat improved mengatasi masalah demi masalah.Tak ada engineer yang nak buat enjin bermasalah.Sikit-sikit tu adatla…

Tak ada motor yang perfect..yang penting perlu patuhi jadual penyelenggaraan Tukar minyak hitam setiap 3000km.Guna semi syntitic atau fully.Fahamje la RPM motor ni selalu pegi kat 10000rpm.Kalau Kereta paling tinggi pun 4000rpm. Minyak cepat terbakar.Tukarkan penapis angin pada tahap 10000km.Sila tukar sparkplug sekali. kalau baru beli motor blade ni ,bila dah dapat motor tu jangan terus lenjan .Bagi habis edah dulu.Lepas dah 1000km dan tukar minyak hitam ke 2 baru boleh start naik 140-150km ke. Dah agak kita rasa motor dah boleh pergi, barulah boleh terus pulas max trottle.bagi piston tu masak dulu. Spray rantai guna Motul atau Total.Rantai Blade 250 ni ianya ada o ring pada setiap cantuman rantai.Jangan guna minyak hitam biasa kerana ia boleh mengeraskan o ring dan menyebabkan rantai cepat berbunyi..
Dari segi ketahanan dan kelasakkan... Insya Allah... ramai yang bawak blade ni dan joint dalam konvoi permotoran .. kira ok lah motor tu.. Bab rosak tu..mana-mana motor pun kalu tak pandai bela jahanam gak. beli baru pun kadang-kadang ada slack gak. tu semua tengok LUCK jugak lah.

No comments:

Post a Comment