Saturday 27 May 2017

pakai helmet fullface dalam kampung sambil bawa naza blade 250R

Terfikir jika dalam kampung A nak ke kampung B ( rumah marka ) perlu ke pakai helmet sedangkan perjalanan dekat je..

"Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh."

mengikut undang undang kaedah-kaedah motorsikal ( topi keledar ) 1973 dibenarkan memakai serban ketika membawa dan memboceng motorsikal jika ada kaitan dengan agama.

tapi perjalanan ke masjid / kuil berbeza dengan perjalanan ke rumah marka di kampung sebelah. ke korang rasa macam mana? haha

bawak naza blade 250R dengan pakai serban bagi mak mertua tengop dan rasa teruja dapat bakal menantu yang beriman sikit?haha

terpulang lah korang yang bawa motor tu, tapi diingatkan supaya menjaga keselamatan, jangan pakai serban pergi merempit 160KM/H pula. Karang meninggal dalam perjalanan ke rumah marka, bergaduh plak keluarga korang dengan bakal keluarga tak jadi korang. 

Monday 15 August 2016

Fb group

Satu FB group JUAL BELI yg mempunyai rangkaian hubungan terbaik diantara pemilik dan ex Belit Malaysia. Pelbagai barangan keperluan riders dan parts Belit byk di perdagangkan dgn harga yg clear tanpa RMxxxx. Sila lawati page tersebut dan guna sebaik mungkin.

Friday 1 January 2016

carburator bocor?beli baru atau ?



kaburator merupakan komponen yang biasa ditemuidalam kenderaan model lama, bagi naza blade model tahun 2009-2010 adalah tahun terakhir dikeluarkan versi carb ni. Jadi soalan sekarang apa perlu buat bila carb model tahun 2008 atau tahun sebelum nya rosak? beli baru?

ada tiga perkara boleh dilakukan

1 beli baru
kalau ada duit lebih boleh beli kaburator baru. Tapi kalau carburator bocor lagi tu maknanya kedudukan carb yang salah atau tidak rata.

2 beli carb terpakai
boleh cuba beli ni kalau tidak cukup duit nak beli model baru carb. harga boleh nego biasa boleh dicari dalam facebook naza blade group atau mudah.my. carb suzuki boleh masuk... sebab asasnya blade ni daripada model suzuki.

3 cuba baiki carb yang rosak tu
ada sesetengah orang/tukang mekenik yang pandai dalam baiki carb ni. kalau jumpa cari lah..
daripada video di atas kerosakan carb disebabkan jarum dan etc.

apapun keputusan di tangan tuan punya motor. Nak masukan part model apa pun biarlah sesuai supaya tak da overload atau masalah sebab tidak serasi.


Saturday 28 November 2015

lawak blade tahun 2015

Agak kelakar bila blade di angap sebagai motor setaraf dengan Honda c70. Walaupun harga tidaklah dikenakan cukai seperti kawasaki 250r ,Naza Blade 250 tetap berkuasa melebihi Yamaha R25. 

motor 250 cc dengan bajet bawah 3000 ringgit ni,motor keluaran pertama dan enjin rosak bolehlah.. lepas beli boleh hantar bengkel sembur cat baru serta overhoul enjin tu. Paling sikit dalam Rm 3000 dihabiskan untuk make up balik motor tu. 



sabar bikers

Harga biasa motor yang paling murah dalam RM 4500 (sebab nego ), tapi biasa rendah RM 5000 aje.. 
















Seperti motorsikal berkuasa yang lain,kos baiki dan menjaga prestasi ni bukan murah. setiap bulan minyak sahaja dah berapa. sekali setahun sekurangnya tayar motor ditukar baru, sekali setahun palang pencucuh motor kena tukar, minyak enjin,minyak pelincir,rantai spoket tak sama dengan motor kapcai ni. Kalau nak bergurau pun berpada pada lah.. 

Thursday 10 September 2015

Untuk pngetahuan kita bersama ...


masalah Fl tak nyala?

salam bladers..
-lampu FI tak nyala, display pun tak nyala FI
-masa idle jarum rpm 1.5 lebih sikit tak sampai 2 tapi tak tetap..gerak turun naik sikit
-ride perlahan enjin macam semput sikit, pulas throttle baru ok tapi bila lepas je letup2..
-start takde masalah, sekali tekan hidup
simptom tu plug cap dah minta duit ke apa?

enjin v-twin macam harley davidson

pernah buat exhaust system naza blade 250 / 650 enjin v-twin macam harley davidson. Satu piston keluar satu exhaust. Yang ori naza blade satu piston combine ke satu tabung dan keluar ke satu exhaust.


 kalau kacau exzos ori, sila lah tune balik ape yg boleh tune. Aftermarket plug and play memberi kesan buruk pada enjin.




Mahal sangat nak buat mcm gambar tu, makan sampai 1k lebih. Ekzos kereta pun tak mahal. Kalau ada boleh buat mcm tu.. bwah 1k dalam 5rat. Bersepah mat blade buat cam tu.



Rm1800 siap pasang. Stainless steel pipe. Siap muffler brand Performance... Kilang dia Kat Penang . Buat masa ni kat mata aku blade paling rare, mantop

Carb n injection dua2 bleh buat.. Efek dia time dah warm up idle dari ori